Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dipercayai seorang pelajar di sebuah universiti awam telah menunjukkan tutorial makan menggunakan bekas makanan.
Video tersebut kelihatan ringkas, namun ternyata sebenarnya masih ramai yang belum tahu cara penggunaannya yang sebenar.
Perkongsian tersebut dibuat oleh pemilik akaun bernama @latishaanjalara yang telah meraih lebih 1 juta tontonan dan 79.5 ribu tanda suka.
Cara betul makan guna bekas makanan
Dalam video tersebut, kelihatan beberapa orang pelajar telah menunjukkan cara makan yang betul menggunakan bekas makanan jenis three compartment.
Caranya mudah saja, hanya perlu menutup rapat bekas makanan itu dan segera menterbalikkannya.
Hasilnya, kalian tidak perlu susah-susah lagi nak ‘mengorek’ bekas untuk dapatkan kuah dari ayam.