harga udang

Harga udang dekat Thailand lagi murah dari Langkawi? Biar betul?

Baru-baru ini satu kenyataan dari pakar ekonomi yang mengatakan keadaan mata wang Malaysia boleh jadi tidak sihat jika rakyat terus memilih untuk melancong ke negara jiran berbanding di lokasi tempatan.

Disebabkan kenyataan itu, ramai yang mendedahkan kenapa mereka memilih untuk ke luar negara dari di dalam Malaysia.

Baca juga: Laksa Sarawak Kalahkan Sushi Dalam Ranking Makanan Tradisional di Asia

Kebanyakannya mengatakan kos menjadi punca utama mengapa mereka lebih memilih untuk ke luar negara seperti Thailand. Malah baru-baru ini satu rakaman dengan paparan yang bezakan harga udang Thailand dan Langkawi telah mencuri perhatian ramai.

Dalam video berkenaan dipaparkan harga udang yang dijual di dalam pinggan di pasar. Harganya dikatakan sangat murah jika nak dibandingkan di pulau peranginan tempatan berkenaan.

Sekali tengok memang boleh terliur! Saiznya juga boleh tahan. Berikut adalah perkongsian rakaman individu bezakan harga udang Thailand dan Langkawi ini.

Video Penuh:

Selain dari itu, satu lagi perkongsian rakaman dengan paparan longgokan udang galah sepit biru yang turut membuat perbezaan harga telah menjadi perhatian ramai.

Dalam rakaman itu, individu berkenaan memberitahu udang galah sepit biru tersebut baru RM12. Tapi jika dibandingkan dengan yang di Langkawi memang lain sangat harganya!

Perkongsian mengenai perbezaan harga tersebut telah membuatkan ramai yang bersetuju. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video berkenaan.




Apa komen korang?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN