Memulakan perniagaan kedai makan dan restoran tidak semudah yang disangka kerana ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan.

Selain dari matlamat mahu dapatkan keuntungan yang lumayan, peniaga juga perlu memastikan makanan yang dijual memuaskan hati pelanggan.

Ada peniaga yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mengaut keuntungan tanpa menjaga kualiti makanan yang dijual.

‘Beli sotong celup tepung tak padan dengan harga..”

Seperti yang dkongsi oleh seorang pengguna TikTok, @izzahrahimofficial0411 berkongsikan apabila dia telah membeli sebekas sotong celup tepung berharga RM15 tetapi ‘rupa’ makanan tersebut tidak berbabaloi dengan harga.

Apa yang mengelirukan Izzah apabila dia mendapati sotong celup tepung yang dibelinya mempunyai banyak tepung dari sotong. Malah ia juga kelihatan seperti kuih donut.

Apabila dia mengeluarkan sotong dari salutan tepung memang agak mengejutkan. Jelas kelihatan banyak tepung dari sotong.

“Saya pun dapat sotong celup tepung gini, senasib lah kita”

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang menyatakan pernah mengalami situasi yang sama malah berpendapat sotong yang digunakan juga adalah sotong frozen bukan sotong segar.

Netizen juga berharap agar semua peniaga berniaga dengan ikhlas supaya pelanggan berpuas hati dengan makanan yang dijual.

Lihat video penuh:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN