Masakan kampung lagi, warisan emak jugak. Kita makan ulam-ulaman pulak…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Urap Silom
Masakan kampung lagi, warisan emak jugak. Kita makan ulam-ulaman pulak…
BAHAN-BAHAN
- Secekak silom @ selom
- 2 biji cili merah
- Sedikit belacan – dalam 2 cubit
- 4 ulas bawang merah – dimayang halus
- 2 jemput ikan bilis
- Garam secukup rasa
- Cili padi – kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
- Kelapa parut secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
- Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
- Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
- Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam bekas @ mangkuk. Campurkan bawang yang telah dihiris dan gaul hingga rata. Ketepikan.
- Cuci bersih daun silom dan dipotong halus – macam potong daun bawang/sup.
- Campurkan daun silom yang telah dipotong bersama dengan bahan2 yang telah ditumbuk. Kacau hingga rata dan sebati.
- Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas….
- Silom boleh digantikan jugak dengan kacang botol ke, pegaga ke. Emmm…sedapnya!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.