Ini memang ‘trueblue’ masakkan kampung…..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemak Pucuk Ubi Berkupang

Ini memang ‘trueblue’ masakkan kampung…..

BAHAN-BAHAN

  • 1 cekak pucuk ubi
  • 2- 3 keping tempe, (dipotong menyerong setiap keping)
  • 1 cawan isi kupang
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS:-
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 camca besar ikan bilis
  • 1 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN
  • Asingkan pucuk ubi dari tangkai, cuci dan celur hingga 3/4 lembut. Tos dan cuci dgn air sejuk, perah dan kepal kepada 3 bahagian.
  • Hiris pucuk ubi kepal tadi sederhana kasar. Ketepikan. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah utk santan no1. Tuang 3 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan no.2. Ketepikan.
  • Dalam periuk, satukan pucuk ubi, serai titik, asam gelugor, bahan2 kisar, isi kupang, tempe dan juga santan no.2 (santan cair). Tenggekkan atas dapur dan masak dgn api sederhana hingga mendidih. Masak hingga pucuk ubi lembut.
  • Perasakan dgn garam, sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka). Tuang pati santan (santan no.1) dan masak menggunakan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih lebih kurang 4 – 5 minit. boleh dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin….hmmmm…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN