ayam sira pedas

Kadang-kadang tiada idea nak masak apa guna ayam kan? Bosan juga asyik masak ayam kicap, ayam masak merah ataupun ayam goreng. Apa kata jom cuba Resipi Ayam Sira Pedas ini pula.

Resipi ini telah dikongsi oleh Puan Fuza Abas di Facebook menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Menurutnya, anak-anak sangat menggemari menu ini sehingga meminta berulang kali.

Cara Buat Ayam Sira Pedas

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 ekor potong kecil.

Gaul ayam bersama garam dankunyit, serta bedakkan guna tepung jagung kemudian terus goreng sehingga garing.

Bahan untuk sos:

  • 1 labu bawang putih diketuk
  • 7 tangkai daun kari
  • 2 senduk cili blend
  • Garam & madu/gula secukupnya

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang putih dan daun kari guna lebihan minyak goreng ayam tadi.
  2. Masukkan cili kisar.
  3. Bila  cili dah masak, masukkan garam dan gula secukupnya.
  4. Tuangkan air sikit.
  5. Bila kuah dah agak pekat, bolehkah terus masukkan ayam goreng. Gaul-gaul dengan cepat sehingga mesra.
  6. Boleh goreng asing daun kari dan tabur atas. Lagi sedap. Siap! Selamat mencuba.

Lauk ni rasa pedas, manis dan makan sekali dengan daun kari tu memang ngam rasanya.

Kredit: Fuza Abas

Baca juga:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN