Seorang pengguna Facebook, Muhammad Ali ada berkongsikan cara membuat puding laici 1 layer hasil resipi dari ibu beliau.
Difahamkan puding laici seperti ini mengimbau zaman 90an. Mungkin mak-mak pada zaman itu sangat suka buat puding sebegini.
Resepi ni sangat-sangat mudah, satu layer sahaja, boleh buat dalam kuantiti yang banyak sebab confirm tak cukup.
Resipi Puding Laici 1 Layer
Bahan-bahan:
- 12 gram agar-agar tali (Agar2 tali ni bagus tau sebab dia stabil elok dan tak terlalu lembik)
- 6 cawan air (1 cawan air : 250ml)
- 1 tin laici
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula
- 3 biji telur gred B kalau gred A pakai 2 biji je)
- 2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air
- 1 sudu kecil essen vanila
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
- Basuh dulu agar-agar tali dan dalam periuk letakkan 6 cawan air + 12 gram agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6minit atau sampai mendidih, kacau2 perlahan, api pasang perlahan.
- Selepas itu masukkan 1 cawan gula. Biarkan gula larut dulu sambil kacau.
- Bila dah larut, masukkan air sahaja dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah dia dulu. Kacau sebati.
- Sementara itu pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama sama 1 tin susu cair.
- Masukkan 1 sudu kecil essen vanila + 1 sudu kecil garam. Kacau biar sebati. Ketepikan.
- Dalam bekas yang lain , masukkan 2 sudu makan tepung kastard dan bancuh bersama- sama 3 sudu makan air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi.
- Kacau sebati dan masukkan kedalam air agar-agar.
- Kacau perlahan2 selama 6-8 minit pada api yang perlahan.
-
Dah mendidih masukkan buah laici tadi kacau dalam 10 saat je kemudian tutup api. Masukkan kedalam acuan / loyang.
- Masa mendidih tu masukkan laici tadi. Kacau jap dalam 10 saat terus tutup api.
-
Masukkan kedalam acuan atau loyang.
- Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan diluar dulu selama 40 minit baru masukkan dalam peti dan sejukkan selama 3 jam.
- Bila dah sejuk, boleh potong dan makan. Selamat mencuba!
Kredit: Muhammad Ali