Setiap orang pasti mempunyai makanan kegemaran mereka yang tersendiri. Ada yang setiap minggu mahupun setiap hari pasti ‘wajib’ makan makanan kegemaran itu.

Sama seperti seorang anak kecil ini, dia akan menangis setiap kali kenderaan orang tuanya melalui di hadapan kedai Starbucks kerana menginginkan ‘donut petak’.

Lalu orang tuanya terpaksa membeli donut petak tersebut setiap kali melalui di hadapan kafe tersebut.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh ibu anak kecil itu di TikTok, azvdh berkongsikan gelagat anaknya yang melucukan itu.

Menurut ibunya juga, pekerja di kafe tersebut juga sudah tahu apa yang mahu dibeli setiap kali pergi ke sana. Tak lain tak bukan, pasti mahu beli donut petak.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur dengan gelagat anak kecil itu yang mempunyai taste tinggi walaupun masih kecil.

“Kat rumah pun mintak..”

Netizen turut mendoakan semoga ibu dan ayahnya dimurahkan rezeki.

Sumber: TikTok @azvdh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN