Bila makan makanan laut seperti udang galah, kita kena tahu teknik yang betul barulah tak membazir.
Lagi-lagi pada bahagian penyepitnya yang ramai ‘buang’. Mungkin ada yang tak tahu cara nak kopek atau malas makan bahagian tersebut kerana dianggap rumit.
Seorang pengguna TikTok, @hamd4ni.daud yang merupakan peniaga Mee Udang King Dabong di Dabong, Kelantan meluahkan kesedihkannya apabila ada sesetengah pelanggannya tidak pandai makan udang galah sampai habis.
Cara-Cara Kopek Sepit Udang Galah
Disebabkan hal itu, beliau telah mengajarkan cara-cara nak kopek sepit udang galah itu di TikTok miliknya.
Jom sama-sama lihat video di bawah:
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen menyatakan bukan tak pantai makan tapi malas nak makan kerana rumit untuk mengopeknya.
Namun, ada juga yang baru tahu cara makan udang galah yang betul.
“Rugi tak makan sepit, paling manis..”
Rupanya, bahagian sepet udang galah adalah bahagian yang paling manis. Memang rugi kalau buang.
Kredit: TikTok @hamd4ni.daud