Ada yang rindu nak makan roti bakar kat Old Town Coffee? Ha! Jangan bimbang kita follow resepi roti bakar kaya tambah mentega ala Old Town Coffee kat sini.
Memang sedap dan mudah nak buat!
Orang kita ni suka makan roti untuk sarapan pagi, senang nak buat. Roti pun salah satu menu sarapan pagi yang berkhasiat dan memberi tenaga untuk kita.
Baca juga: Resipi Roti Bakar Bulgogi Ayam Ala Korea
Bahagian inti roti iaitu kaya dan butter boleh dilebihkan ikut citarasa masing-masing. Kalau nak sama dengan roti kat Old Town Coffee, korang perlulah membuang bahagian tepi roti.
Jom ikuti resipi perkongsian dari Nur Haziqah ni, pasti korang dapat menyediakan roti bakar ala kopitiam di rumah.
Resipi Roti Bakar Ala Old Town Coffee
Bahan-bahan:
- Roti putih (yang dibuang tepinya)
- Kaya pandan brand gardenia
- Butter anchor
Cara-cara membuatnya:
1. Mula-mula bakar roti guna toaster. Nak guna oven pun boleh. Jangan bakar sampai garing sangat, bila sejuk roti akan liat.
2. Kemudian, potong roti kepada dua bahagian.
3. Sapukan kaya pada roti, sapu sebelah saja, kalau dua-dua belah nanti rasanya akan manis.
4. Letak butter yang dipotong nipis. Boleh letak tebal-tebal juga. Tapi takut muak nanti.
5. Tutup dengan roti. Siap!
Roti yang nak dibakar tadi, boleh dibakar menggunakan oven ye. So, kalau takde toaster boleh je nak bakar dalam oven.
Yang penting roti dah agak keperangan dah cukup. Suhu ikut oven masing-masing.
Selamat mencuba.