sambal nasi lemak gelap

Seorang wanita yang dikenali sebagai Farhah Azman berkongsikan resipi sambal nasi lemak gelap dan tak cair kegemaran suaminya.

Perkongsian menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) itu telah mendapat perkongsian hampir 3.4 ribu.

Menurutnya, suami beliau sangat suka sambal nasi lemak seperti ini kerana tidak cair. Boleh cubit-cubit sambal bila tengah makan.

Resipi Sambal Nasi Lemak Berwarna Gelap & Tak Cair

Buat sambal ni tak pakai bawang putih, tak pakai belacan, tapi rasa dia tu sampai suami mintak buat sambal ni untuk makan dengan lauk lain jugak, terutama kuah masak lemak.

Bahan-bahan kisar:

  • Lada kering 1 genggam (rebus dahulu)
  • Lada besar meran 2 genggam
  • Bawang merah besar 3 biji (bawang kena banyak, rasa manis bawang tu penting)
  • Segenggam ikan bilis

Bahan-bahan lain:

  • Perasa
  • Gula merah
  • Garam
  • Asam jawa

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan-bahan kisar.
  2. Bila dah siap kisar, panaskan api dan letakkan minyak dalam kuantiti yang banyak.
  3. Masukkan bahan kisar, kemudian terus masukkan gula merah. Inilah rahsia warna sambal gelap, kena masuk gula awal.
  4. Kemudian biar sehingga pecah minyak, masukkan air dan biarkan pecah minyak. Ulang selama 3 kali pecah minyak. Masukkan juga bersama asam jawa dan garam.
  5. Anggaran masa memasak adalah selama 2-3 jam untuk jadikan sambal pekat.
  6. Jangan lupa masak menggunakan api sederhana.
  7. Tengah masak tu, boleh taburkan lagi ikan bilis.

Sedap buat versi ini. Sambal tak cair, boleh cubit-cubit sambal bila makan. Selamat mencuba!

Kredit: Farhah Azman

Baca juga: Rahsia Kari Ikan Sedap, Kena Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Membuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN