resipi mi kicap

Bila tekak tak teringin nak makan nasi, apa kata jom cuba Resipi Mi Kicap ini.

Sekali sekala tukar selera tak salah kan? Cara membuatnya sangat mudah dan tidak menggunakan bahan rumit.

Kalau ada yang nak cuba, boleh ikut resipi hasil perkongsian oleh Puan Shamsila Abd Rahim di bawah.

Resipi Mi Kicap Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • Yee mee
  • Bawang putih tumbuk/cincang
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Kicap pekat
  • Tepung jagung
  • Sayur sawi pak choy
  • Carrot

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih yang sudah dicincang.

  2. Masukkan sos tiram.

  3. Seterusnya masukkan kicap pekat dan disusuli dengan kicap lemak manis.

  4. Tuangkan sedikit minyak bijan.

  5. Tuangkan air secukupnya.

  6. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung.

  7. Masukkan juga serbuk lada sulah.

  8. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat seperti dalam gambar.

  9. Untuk ayam goreng, ayam diperap terlebih dahulu dengan sos tiram, kicap dan lada sulah.

  10. Kemudian baru digoreng sehingga masak.

  11. Gaul rata kuah kita tadi bersama yee mee yang sudah direbus. Hidangkan juga bersama sayur sawi dan carrot yang sudah dicelur dalam air panas selama beberapa minit. Ayam goreng jangan lupa.

Siap, mudah je kan? Selamat mencuba!

Kredit: Shamsila Abd Rahim

Baca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan ‘1 Bahan’ Ini Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN