Siapa sangka yang rupanya masih ada kedai yang menjual lauk-pauk yang murah dan terlajak sedap kan? Tambahan lagi bila sekarang ni makanan pun dah naik harga. Tapi anda tidak perlu risau lagi kerana ini adalah berita baik untuk orang Perak terutamanya. Ada sebuah kedai makan yang menjual nasi berlauk dan sudah beroperasi sejak 90-an lagi tau.
Kedai yang sebenarnya sudah dikenali oleh penduduk tempatan ini bernama Kedai Pak Ngah yang terletak di Parit Buntar Perak. Mereka menyajikan pelbagai jenis lauk-pauk yang sedap. Sebut sahaja nak apa, mesti ada. Dan rata-rata penduduk di sini juga mengatakan yang makanan di sini semua sedap belaka dan yang paling penting mestilah murah!
Kedai Nasi Berlauk Sejak Tahun 90-an Lagi Di Parit Buntar, Murah Dan Terlajak Sedap:
Sebuah akaun di Twitter @JJCMPERAK ada berkongsi tentang Kedai Pak Ngah ini. Tengok pada lauk-pauk yang dijual di kedai ini, memang terliur.
“ Sedap dan Murah ”
Kalau anda ada plan nak singgah makan di sini, pastikan anda datang awal tau. Sebab kalau tengah hari je memang laju je lauk-pauk akan habis. Maklumlah makanan sedap kan mestilah orang suka.
” Kedai Pak Ngah yang terletak di Pekan Parit Buntar, Perak. Ni antara port beli lauk tengahari orang sekitar Parit Buntar dari tahun 90 an lagi. ”
” Lauk pauk nya tengok pun SEDAP ”
Nampak menarik kan lauk-pauk yang dijual di sini? Haa kalau anda ada plan nak makan tengah hari sedap anda wajib datang cuba makan di Kedai Pak Ngah tau. Memang confirm terbaik lah!
Alamat: Kedai Pak Ngah, Lot 135, Jalan Syarikat, Parit Buntar Perak. (Waze: LHDN Parit Buntar)
Waktu Beroperasi: Isnin – Jumaat (10.30AM – 3.30PM)
Sumber: @JJCMPERAK