Anda yang sedang bercuti di Ipoh dan tak tahu nak makan di mana? Haa anda memang telah datang ke tempat yang betul. Sebuah akaun di Twitter @MohKeIpoh ada berkongsi sebuah gerai yang menyajikan makanan sarapan pagi dan tengah hari dan yang paling bestnya, anda akan menikmati makanan anda di tepi sungai. Dan yang paling penting sekali, semestinya lah makanan di sini murah dan sedap!
Makan Di Tepi Sungai, Memang layan:
” Memang tenang betul dapat makan tengahari nasi berlauk ikan bakor tepi sungai macam ni. Cuaca sejuk & nyaman je ”
” Makan nasi putih dengan lauk ikan siakap bakor, ikan talapia bakor & udang goreng tepung di tepi sungai. Menarik kan? Moh Kita! ”
Selain daripada makanan tengah hari, kedai ini juga ada menyajikan makanan sarapan pagi tau. Tetapi untuk sarapan, mereka hanya akan beroperasi pada hari sabtu dan ahad sahaja.
” Layan betul sarapan tepi sungai. Baru tahu kedai ni buka untuk sarapan setiap hari sabtu & ahad. Nasi lemak, roti bakor & teh tarik. Lengkap! ”
Sarapan pagi hanya akan beroperasi bermula dari 9.30 pagi hingga tengah hari sahaja.
Haa best kan tempat makan ni? Sambil makan sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai! Harganya juga sangatlah murah memang berbaloi lah kalau anda datang makan di sini.
” Moh ke WARUNG DERUAN SUNGAI @ The Roots Tg Rambutan. Mula beroperasi 1 Mac 2022 (Selasa) Lokasi & waktu operasi Warung Deruan Sungai : The Roots Eco Resort Kampung Kolam, 31250, Tanjung Rambutan, Perak. 11 pagi – 5 petang (Tutup hari Jumaat) ”
Sumber: @MohKeIpoh