Pulau Pinang memang famous dengan nasi kandar mereka. Ramai pelancong dari negeri lain sanggup ke Penang semata-mata hendak makan nasi kandar sahaja tau. Pergi sahaja ke Penang memang merata-rata tempat ada menjual nasi kandar.
Tapi nak cari mana satu kedai yang jual nasi kandar yang terbaik dan sedap ni yang akan membuatkan kita pening kan? Haa anda tak perlu pening lagi, di dalam artikel ini kami akan senaraikan Top 5 nasi kandar terbaik di Pulau Pinang yang anda wajib pergi!
Top 10 Nasi Kandar Terbaik di Pulau Pinang Yang Anda Perlu Cuba:
1. Deen Maju
Kegemaran orang ramai sepanjang masa, kedai ini terletak di Jalan Gurdwara. Haa kalau anda ke sini, bersiap sedia lah untuk beratur panjang! Tepat waktu buka kedai ini, memang akan ramai orang beratur untuk beli nasi kandar mereka.
Tapi anda jngan risau kerana perkhidmatannya pantas. Bila anda membuat pesana, jangan lupa untuk mencuba ayam goreng dan ayam ros mereka, ayam gorengnya diperap dan kulitnya sangat rangup tau. Ayam ros mereka pula mempunyai rasa kari yang unik dengan rasa tomato. Selain itu, kari mereka juga sangat pekat dan berkrim.
Alamat: 170, Jalan C.Y. Choy (Jalan Gurdwara), 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.
Waktu Operasi: 2:30 p.m.-11 p.m. (Setiap hari)
2. Hameediyah Nasi Kandar
Restoran ini sudah terkenal sebagai nasi kandar tertua di Pulau Pinang, seperti yang semua tahu Hameediyah pasti tidak akan mengecewakan. Berbeza dengan gerai nasi kandar lain, kedai Hameediyah ini dijamin bersih dan berhawa dingin serta pekerja di sini juga sangat mesra.
Antara menu yang patut anda cuba ialah ayam kapitan, kurma kambing dan rendang daging. Semuanya sangat sedap, penuh dengan rempah ratus dan diperap dengan baik. Dan jika anda ke sini, anda wajib memesan nasi briyani mereka tau!
Alamat: 164A, Lebuh Campbell, 10200, George Town, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 10 pagi-10:30 malam (Setiap hari)
3. Line Clear Nasi Kandar
Nasi kandar ini beroperasi 24/7 dan ia terletak di sebuah lorong di Jalan Pulau Pinang, tempat itu mungkin membuat anda ragu sedikit tetapi, makanan di sini memang dijamin sedap! Line Clear juga terkenal mempunyai nasi kandar termurah di Pulau Pinang, haa jadi kalau anda ke Penang jangan lupa datang sini tau.
Alamat: 177, Jalan Penang, 10000, George Town, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 24/7
4. Nasi Kandar Merlin
Sebuah kedai kopi yang terletak di Hotel Merlin, Merlin Nasi Kandar adalah salah satu tempat yang pasti akan disinggah oleh para pelancong. Mereka terkenal dengan nasi kandar yang sedap oleh penduduk tempatan, Merlin juga terkenal dengan kambing kurmanya dan kari telur rebus mereka. Haa kalau anda ke sini pastikan anda datang awal okay, kerana di sini orang akan beratur hanya untuk membeli nasi kandar mereka.
Alamat: 1A, Lebuh Union, Merlin Hotel, 10200, George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 7 pagi- 3 petang (Setiap hari)
5. Nasi Kandar Beratur
Sebuah kedai nasi kandar yang benar-benar sesuai dengan namanya, betul-betul kena beratur SETIAP MALAM ya. Kenapa kata malam? Kerana Nasi Kandar Beratur hanya mula beroperasi pada pukul 10 malam dan ini mungkin satu-satunya nasi kandar di Pulau Pinang yang dibuka pada waktu yang lewat.
Penduduk tempatan berkata ia pasti berbaloi walaupun harus menunggu lama, ini adalah kerana kesemua lauk-pauk yang disediakan di sini semuanya lazat belaka. Memang sampai menjilat jari!
Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling,10300 George Town, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 10 p.m.- Setiap hari
Sumber: PenangFoodie.com