5 Port Makan Sedap Di Johor Bahru, Rugi Kalau Tak Cuba

Sedang mencari port yang best di Johor Bahru? Rugi lah kalau anda ke Johor Bharu tapi tak cuba makan makanan Johor yang sedap ni kan. Haa jom baca senarai kedai makan yang menarik di JB memang confirm berbaloi! Anda sebut je nak makan apa, dekat kedai makan dibawah pasti ada dengan harga yang sangat berpatutan.

5 Tempat Makan Sedap Di Johor Bahru, Rugi Kalau Tak Cuba:

1. Kacang Pool Haji

5 Port Makan Sedap Di Johor Bahru, Rugi Kalau Tak Cuba

Rugi kalau anda datang ke Johor tapi tidak cuba makanan tradisi dan popular di sini iaitu Kacang Pool. Kacang Pool ni selalunya orang akan makan untuk sarapan. Kacang Pool Haji adalah salah satu tempat makan di Johor Bahru yang wajib anda cuba kerana keunikan kacang pool yang jarang anda jumpa di KL.

Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

2. Restoran Sayam

5 Port Makan Sedap Di Johor Bahru, Rugi Kalau Tak Cuba

Jika anda ke Johor tapi tekak teringinkan masakan Thai, Restoran Sayam lah pilihan yang tepat untuk anda makan. Sekiranya anda berkunjung ke sini, semua jenis masakan Thai anda boleh jumpa tau. Antaranya menu yang terkenal kat sini ialah Siakap Stim Lemon haa memang TOP dan laku keras la.

Alamat: No 19, Jln Stulang Laut, Taman Stulang, 80300 Johor Bahru

3. Murtabak Majid Special Cheese No. 1

5 Port Makan Sedap Di Johor Bahru, Rugi Kalau Tak Cuba

Kepada si pencinta murtabak, anda wajib cuba makan di Murtabak Majid ini kerana mereka menyediakan murtabak yang sangat sedap terutama sekali murtabak special cheese mereka. Ianya dikenali hampir ke semua rakyat negeri Johor. Keenakan murtabak ini membuatkan pelanggan datang lagi.

Alamat: No. 38, Lot 5581, Jln Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru

4. Bubur nasi istimewa No. 1

5 Port Makan Sedap Di Johor Bahru, Rugi Kalau Tak Cuba

Siapa je taktay kan yang Johor memang popular dengan bubur nasi berlauk mereka. Anda boleh mendapati bubur lauk di kedai ini kerana kedai ini memang sudah popular dengan orang tempatan di sini.  Walaupun ianya hanya sekadar bubur, ianya menjadi sebutan ramai kerana keenakannya! Lauk yang anda akan dapat bersama bubur anda ialah telur masin, kangkung tumis serta sambal kicap istimewa mereka.

Alamat: 91, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor

5. Asma Rojak Larkin

5 Port Makan Sedap Di Johor Bahru, Rugi Kalau Tak Cuba

Jika anda penggemar rojak, anda boleh datang ke Asma Rojak Larkin kerana di sini pelbagai jenis rojak yang mereka sediakan. Ianya pasti membuatkan anda rambang mata untuk membuat pilihan. Lagi best kalau anda datang ke sini bersama rakan-rakan anda tau!

Alamat: Food Court Mara, bersebelahan terminal bas Larkin

Sumber: ammboi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN