sandwich tebal

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Zurina Zulkefli ada berkongsikan resipi sandwich tebal yang banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Sebiji sama macam makan di restoran atau hotel, baru puas!

Sesuai dijadikan bekal untuk suami dan anak-anak. Lagi terjamin kebersihan untuk mereka di kala musim wabak ini. Nak cuba? Jom lihat resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Rahsia Sandwich Telur Yang Sedap, Kena Letak Bawang Karamel Baru Rasa Lagi ‘Perfect’!

CARA BUAT SANDWICH TEBAL MACAM DI HOTEL

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 keping roti wholemeal bread
  • 2 keping lof daging ayam
  • 6 hirisan timun jepun (selepas hiris, lap supaya tak berair)
  • Lada hitam
  • 6 hirisan lobak merah
  • 2 helai daun salad (basuh dan keringkan)
  • 1 keping keju
  • Sos bijan panggang

Cara-cara:

1. Panggang sekejap roti di atas kuali untuk mendapatkan permukaan yang rangup. Sapukan sedikit marjerin pada setiap kepingan roti.

2. Kemudian letak helaian daun salad.

3. Letakkan satu keping lof daging ayam. (goreng dulu lof daging ayam atas kuali sehingga masak)

sandwich tebal

4. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.

5. Letakkan satu kepingan keju.

6. Letakkan lobak merah yang sudah digaul dengan 1 sudu besar mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.

sandwich tebal

7. Susun hirisan timun jepun.

8. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.

9. Letak sedikit sos bijan panggang.

10. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).

11. Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sadnwich yang cantik.

sandwich tebal

Selamat mencuba!

Kredit: Zurina Zulkefli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN