jollibee malaysia

Pada Disember 2018, Jollibee telah membuka cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu, Sabah. Rakan-rakan kita yang berada di sana lebih awal merasai keenakan rasa ayam goreng popular dari Filipina ini.
Penantian hampir 3 tahun penduduk di Semenanjung berakhir apabila Jollibee Malaysia telah membuka secara rasmi cawangan pertama mereka di Lembah Klang iaitu di Sunway Pyramid.
Jadi bagaimana rasa ayam goreng Jollibee ini jika dibandingkan dengan ayam goreng daripada jenama lain yang sudah lama bertapak di Malaysia? Kami kongsi sedikit tentang rasa dan menu apa yang patut anda cuba di sini nanti.

Gandingan Ikonik Chickenjoy Dan Jolly Spaghetti

Jika ke Jollibee, tidak sah  jika tidak memesan menu ayam goreng signature mereka, Chickenjoy bersama Jolly Spaghetti ini.

Gigitan pertama ayam goreng Chickenjoy ini sudah cukup untuk membuktikan kesedapannya sehingga terkenal di seluruh dunia.

Antara sebab mengapa jenama ayam goreng popular antarabangsa lain tidak dapat bersaing dengan Jollibee di Filipina ini ialah setiap set ayam goreng Chickenjoy didatangkan bersama satu sos gravy untuk dicicah dengan ayam. Padanan sos gravy ini dengan ayam goreng Chickenjoy original memang mantap.

Setiap set hadir dengan mashed potato, coleslaw, sos gravy dan air.

Jolly Spaghetti juga boleh tahan sedap katanya! Menu ini sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya tidak pedas dan saiz hidangannya yang sederhana.

Harga Berbaloi Ke?

Harganya tidak mahal dan boleh dikatakan hampir sama dengan harga menu di cawangan restoran fast food yang lain.

Rujuk gambar di bawah untuk melihat senarai harga menu yang ditawarkan di Jollibee Malaysia.

Harga untuk burger, air dan side dish. (Gambar: @thevocket)

Harga untuk nugget dan jolly spaghetti. (Gambar: @thevocket)

Harga untuk set chickenjoy original & spicy. (Gambar: @thevocket)

Jollibee Sunway Piramid telah mula beroperasi kepada umum bermula hari ini (8 Februari 2022) bersebelahan Seoul Garden. Selamat mencuba!

Baca juga: Pertama Kali Nak Beli? Ini Cara Beli Lllaollao & Tips Pilih Yang Mana Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN