siang ikan

Banyak cara mudah untuk siang ikan. Antaranya adalah dengan membelah perut ikan menggunakan pisau atau guna gunting saja.

Tapi buat anda yang ‘jarang-jarang’ menyiang ikan, risau tangan terluka jika guna peralatan tajam boleh ikut cara siang ikan yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok ini.

Hanya perlu menggunakan chopstick dan berus gigi saja tanpa perlu membelah perut ikan tersebut. Mudah sangat!

Cara Mudah Siang Ikan Guna Chopstick & Berus Gigi

Menerusi video tersebut, Syifa Jamil turut berkongsikan cara mengenal ikan segar. Kena lihat pada mata ikan, kalau tak merah dan tak kotor bermakna ikan tersebut masih segar.

Kalau ikan masih segar, baru senang bila nak cuci sebab tak lembik dan isi perut tak terkeluar. Untuk cara menyiangnya pula, jom lihat video di bawah.

Mudah kan? Selepas ini jom praktikkan cara ini setiap kali menyiang ikan. Sesuai untuk beginner yang baru berjinak-jinak di dapur. Semoga bermanfaat!

Kredit: TikTok Syifa Jamil

Baca juga: Petua Buang ‘Bisa’ Dalam Ikan Tongkol, Untuk Elak Alahan & Gatal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN