resipi ayam halia

Buat mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan sangat sesuai cuba resipi ayam halia dan daun bawang ini.

Hidangan orang cina yang ringkas dan sihat. Nampak macam simple kan? Tapi rasa dia serius sedap.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Kamarul Ariffin di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Halia & Daun Bawang

Bahan-bahan (3 orang makan):

  • ½ ekor ayam
  • 3 tangkai daun bawang (potong halus)
  • 3 inci halia (sagat atau kisar)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap cair

Cara-cara memasak:

1. Halia yang sudah sagat dan daun bawang yang dah dipotong halus. Nampak ringkas ramuannya. Tapi jangan risau, pasti sedap!

2. Goreng bawang putih sampai harum dan keperangan. Kemudian cepat-cepat angkat. Jangan lama sangat, sebab lepas angkat, dia masih bertukar warna. Risau hangit je.

3. Lepas dah tos dan sejukkan dia jadi warna keemasan.

4. Kurangkan minyak dalam kuali tadi. Tumis pula halia dan daun bawang. Jangan tumis lama sangat, sampai naik bau saja.

5. Tuangkan semangkuk air.

6. Mauskkan ayam. Orang cina biasa stim ayam ni dahulu. Mereka tak masukkan terus dalam kuali. Kalau malas nak stim, reneh sahaja ayam dalam kuali.

resipi ayam halia

7. Letak sedikit kicap cair. Kalau tak nak letak, gantikan dengan garam. Reneh sampai ayam masak dan air tersejat. Siap!

resipi ayam halia

8. Hidang dalam pinggan, tabur bawang goreng dan daun bawang. Titis sikit minyak bijan. Rasa dia menyegarkan, sedap dimakan dengan nasi ayam. Memang sihat.

resipi ayam halia

Selamat mencuba!

resipi ayam halia

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN