Teh Pakistan Mashyur ini memang wajib dicuba sebab rasa dia tak sama dengan teh tarik biasa. Cara membuat teh ini juga berbeza kerana ada teknik penyediaannya yang tersendiri.
Resipi Teh Pakistan dikongsi oleh Cikgu Afy AL Habibi. Menurutnya, resipi ini diperoleh dari tauke karpet Pakistan.
Boleh cuba buat untuk minum petang nanti. Rasa dia memang padu. Selamat mencuba!
Cara Buat Teh Pakistan ‘Original’ Dari Pakistan
Bahan-bahan:
- 7 uncang teh wangi ros (koyakkan setiap uncang) – kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je
- Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
- 50 ml susu segar (tiada dalam gambar) – nak sedap guna susu full cream goodday
- Susu 1/5 tin (tambah @ kurangkan ikut kuantiti air)
- Secubit dua garam (untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa)
Cara-cara:
1. Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang. Kacau sesekali.
2. Tutup api selepas teh betul-betul mendidih. Cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.
3. Tapis dengan penapis teh kain.
4. Rahsia penting seterusnya. Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.
5. Siap! Teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya tanpa dicampur gula secara langsung. Selamat mencuba!
Kredit: Cikgu Afy AL Habibi