daging bakar danok

Ada banyak stok daging tapi tak tahu nak masak apa? Apa kata jom cuba resipi daging bakar danok yang mudah dan sedap ini.

Hanya bakar menggunakan air fryer, tapi hasilnya daging menjadi sangat juicy dan lembut.

Ibu-ibu boleh cuba masak nanti untuk masak tengahari. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah dan tidak rumit. Selamat mencuba!

Resipi Daging Bakar Danok

Bahan-bahan:

  • Daging
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk gula perang
  • 1 sb madu
  • 1 sk lada hitam kasar
  • 1 sk minyak

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan bersama daging dan perap selama 1 jam atau lebih.

2. Selepas itu boleh dibakar dalam air fryer pada suhu 170°C selama 30 minit atau dibakar atas kuali menggunakan api sederhana sehingga masak.

daging bakar danok

Bahan sos:

  • Bawang putih (tumbuk)
  • 2 sb sos ikan
  • Sebiji limau nipis
  • 1 sk palm sugar @ gula perang
  • Serbuk cili 1 sb (chili flakes)
  • 1 sb beras SANGAI – ditumbuk halus
  • Sebiji bawang merah – hiris halus
  • Daun ketumbar – hiris
  • Air sikit

Caranya:

1. Goreng beras tanpa minyak (sangai) jangan sampai hangit. Tumbuk halus.

2. Campurkam bahan-bahan dalam mangkuk dan sebatikan. Rasa mengikut citarasa masing-masing.

Kredit: Rozaida Rodzi

Baca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN