“you tiao” in mandarin, dalam cantonese “yao za guai”, hokkien pula “yu ca koi”.
Resepi mak (nasib baik mak belum pandai nak main internet lagi). Boleh tambah jus bawang putih kalau suka.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

1jam 15min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cakoi

“you tiao” in mandarin, dalam cantonese “yao za guai”, hokkien pula “yu ca koi”.
Resepi mak (nasib baik mak belum pandai nak main internet lagi). Boleh tambah jus bawang putih kalau suka.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung roti
  • ¼ sudu kecil instant yeast
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • ¾ sudu kecil tawas (alum)
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (untuk menghasilkan cakoi yang lebih ranggup. Sekiranya tiada pun boleh sebab susah nak cari ammonia)
  • 1 sudu besar minyak
  • Minyak untnk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker.

    Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dengan kain atau plastic wrap, biar naik dalam suhu bilik selama 45 minit.

  • Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.
  • Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dengan api kecil.

    Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dengan mengunakan lidi sate seperti dalam gambar.

  • Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah-tengah dengan lidi sate.
  • Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.
  • Ini gambar cakoi yang telah siap digoreng.
  • note:

    Doh ini agak lembut, kena taburkan tepung banyak.

    Doh yg betul-betul naik, senang ditarik.

    Boleh buat saiz besar sikit jika guna kuali yg besar. Saiz yang saya buat ini agak kecil sebab guna periuk kecil untuk menggoreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN