kimchi tekak melayu

Jom buat Kimchi Tekak Melayu ‘Style’ yang sesuai dengan selera orang Malaysia ni. Buat yang suka, rasa kimchi ni boleh tahan sedap juga sebagai makanan sampingan.

Di Korea, boleh dikatakan hampir semua makanan wajib dimakan bersama kimchi. Memang tak lengkap kalau tiada kimchi ni. Kalau ada yang nak cuba, boleh follow resipi membuat kimchi di bawah.

Resipi Kimchi Tekak Melayu ‘Style’

Bahan-bahan:

  • Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
  • Sebiji carrot merah – hiris nipis
  • Sebiji carrot putih – hiris nipis segenggam daun bawang – potong sederhana panjang
  • 5 ulas bawang putih *
  • Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
  • Satu inci halia tua *
  • 5 sudu sos ikan *
  • 2 sudu kecil gula merah *
  • 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
  • Garam halus secukupnya
  • 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)

Cara-cara:

1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.

2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.

3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.

4. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.

5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.

6. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.

7. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.

8. Sesudah tu bolehlah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.

9. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.

Nota kasih sayang:

  • Kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
  • Kebiasaannya kimchi disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
  • Simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
  • Nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
  • Sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.

Kredit: Noor Azmawani Ismail

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN