Roti bentuk sandwich. Intinya boleh dipelbagai mengikut citarasa sendiri. Sesuai juga dijadikan sebagai roti burger.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
1jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Sandwich
Roti bentuk sandwich. Intinya boleh dipelbagai mengikut citarasa sendiri. Sesuai juga dijadikan sebagai roti burger.
BAHAN-BAHAN
- 130ml air
- 175g tepung roti warna putih
- 25g tepung roti warna perang
- 3g butter
- 10g gula
- 12g mentega
- 3g dry yeast
- *sedikit butter utk sapu
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting untuk doh.
- Apabila telah siap, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 5 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
- Ambil sebiji, tumbuk-tumbuk untuk keluarka angin. Canaikan seperti dalam gambar. Kemudian sapukan butter ditengahnya.
- Selepas itu lipat roti kepada dua bahagian. Ulang sampai habis.
- Kemudian penaikkan sehingga dua kali ganda atau selama lebih kurang 30 minit.
- Bakar dengan suhu 200C selama 10 minit. Beginilah rupa roti setelah siap dibakar
- Roti ni sesuai diisi dengan apa saja yang disukai mengikut selera masing-masing. Makan dengan aiskrim pun sedap.
- Sedap juga dimakan dengan salad + cheese
- NOTE: Texture roti ni kasar sikit sebab guna tepung warna perang. Kalau tak suka boleh guna semua tepung warna putih.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.