Korang mesti dah biasa makan daging masak kicap tetapi korang pernah tak cuba masukkan serbuk kari dalam masakan daging kicap? Korang memang kena cuba resepi ini sebab makan dengan nasi panas sahaja dah cukup nikmat.

Buat sesetengah orang yang suka ada rempah kari di dalam masakan, menu ini sangat digalakkan untuk korang cuba. Jom cuba resepi daging kari masak kicap ini.

Bahan-bahan

  • 2 sudu serbuk kari daging Cap O
  • 600 gm daging dihiris nipis, potong lawan urat
  • ½ biji bawang besar dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2-3 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato belah 8
  • ½ biji bawang besar dihiris
  • 3 sudu sos tiram
  • 7 sudu kicap lemak manis

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga naik bau dan masukkan serbuk kari dan kacau sekejap.
  2. Masukkan daging dan kacau sampai daging keluarkan air. Bila air dah semakin pekat itu maka masukkanlah sos tiram dan kicap.
  3. Kacau sebati dan masukkan tomato dan hirisan bawang besar.

Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Khairul Abdullah

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN