Peria merupakan salah satu sayuran yang agak pahit dan tidak ramai gemar untuk memakannya. Tetapi kalau korang masak dengan cara yang betul pahit daripada peria itu dapat dikurangkan dan ia akan menjadi lebih sedap.

Kali ini kita akan kongsikan resepi peria goreng telur masin yang mudah dan enak. Jom cuba resepi ini.

Bahan-bahan

  • Sebatang peria
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 kiub ayam
  • Sebiji telur masin

CARA PENYEDIAAN

  1. Rebus peria sehingga layu dan jangan rabus sehingga ia overcooked.
  2. Pukul telur masin sehingga ia hancur, sementara itu boleh hiriskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Tumis bahan yang sudah dihiris sehingga naik bau dan masukkan peria yang sudah direbus tadi.
  4. Masukkan pula telur masin yang sudah dihancurkan tadi lalu perasakan bersama gula dan garam.
  5. Kacau rata sehingga peria disaluti telur masin.

Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Fyza Shah

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN