Kebiasaannya kita akan beli lauk basah 2 minggu sekali atau pun kalau korang malas nak keluar banyak kali boleh guna cara ini pula supaya boleh tahan hampir sebulan. Kalau kita nak masak selalunya kita akan defrost kesemua daging dan lebihannya pula akan masuk ke dalam peti ais semula kan?

Sekiranya korang sudah keluarkan daging untuk defrost, pastikan anda tidak membekukan ia semula kerana itu akan menyebabkan daging hilang kesegarannya malah lagi teruk boleh mendatangkan keracunan makanan. Jom cuba tips simpan daging cara betul.

1. Lap lebih air dan darah

Sekiranya anda pulang daripada pasaraya atau pun pasar selepas membeli daging, sebelum memasukkan di dalam peti sejuk beku anda perlu lap lebihan darah dan air pada daging tersebut sehingga ia agak kering.

2. Simpan daging mengikut bahagian untuk dimasak

Selepas darah dan air pada daging sudah di lap, anda perlu bahagikan daging mengikut portion yang anda mahu untuk dimasak. Ini adalah untuk mengelakkan proses sejuk beku yang berulangan.

3. Simpan di dalam bekas bertutup

Sekiranya anda mahu simpan apa-apa jenis lauk di dalam peti ais, pastikan ia disimpan di dalam bekas yang bertutup untuk mengekalkan kesegaran daging tersebut supaya ia tahan lama.

Sumber: Eja Maliza

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN