Selalunya kita akan beli lauk basah sekali harung semasa membeli barang-barang dapur yang lain, jadi bila dah beli sekali gus kita mesti lah kena simpankannya suapaya ia kekal segar dalam jangka masa yang lama lebih kurang 2-3 minggu.
Kalau disimpan di dalam freezer dalam masa yang terlalu lama pun ia boleh membuatkan lauk tersebut tidak segar, jadi jom cuba tips ini untuk menyimpan lauk basah supaya tahan lama.
1. Masukkan di dalam bekas
Bersihkan lauk-lauk yang yang sudah dibeli dan masukkan ke dalam bekas, setiap bekas itu pastikan ia mencukupi untuk sekali masak, tidak perlu letak banyak-banyak di dalam bekas untuk mengekalkan kesegaran lauk.
2. Masukkan hirisan lemon
Selepas disimpan di dalam bekas, tidak perlu masukkan air tetapi anda perlu meletakkan hirisan lemon di atas lauk basah tersebut. Tutup bekas dan masukkan di dalam bahagian sejuk beku.
Sumber: Demi Cinta