Korang mesti dah biasa dengar daging harimau menangis kan? Tetapi mesti tidak pernah cuba lagi makan versi ayam. Bila dah makan ayam menangis meraung ini cukup ada nasi putih pun sudah nikmat.

Ayam menangis meraung ini boleh dikatakan seperti ayam bakar cara Thailand, jom cuba resepi unik ayam menangis meraung ini.

Bahan-bahan perapan

  • Ayam  (isi peha atas, isi peha bawah, isi dada)
  • Akar ketumbar
  • Bawang putih
  • Gula perang
  • Sos ikan
  • Kicap pekat
  • Lada sulah/hitam
  • Minyak

Bahan-Bahan Sos

  • Sos ikan
  • Air asam jawa
  • Perahan limau nipis
  • Gula kabung/nisan Thai
  • Serbuk cili kasar
  • Beras goreng
  • Daun ketumbar (cincang)
  • Akar ketumbar (cincang)
  • Cili padi (cincang)
  • Bawang merah (cincang)
  • Bawang putih (cincang)

 

CARA PENYEDIAAN

  1. Kisar kesemua bahan untuk perapan dan lumur pada ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Perap dan simpan di dalam chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
  3. Untuk masak, panaskan non stick pan dan letak minyak sedikit lalu bakar dengan api kecil.
  4. Untuk sos cicahannya pula, campurkan kesemua bahan dan perasaka hingga cukup rasa.
  5. Siap dan boleh makan ayam bersama sos cicahan.

Sumber: Serina Seman

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN