Bagi Masyarakat di negara kita, buah pelaga merupakan bahan yang penting di dalam masakan. Kebiasaannya orang akan memasukkan buah pelaga di dalam masakan seperti sup, kari, nasi tomato dan banyak lagi.

Bagi sesetengah orang pula buah pelaga  merupakan salah satu bahan yang boleh menaikkan aroma sesuatu masakan. Tetapi masih ramai tidak tahu cara yang betul menggunakan buah pelaga di dalam masakan. Jom cuba petua dan ikut cara yang betul ini supaya masakan anda bertambah sedap.

1. Pecahkan buah pelaga

Kalau anda memasak menggunakan buah pelaga, jangan main campak-campak sahaja buah pelaga tersebut di dalam kuali kerana cara tersebut adalah tidak berguna atau tidak bagus kerana ia akan menghilangkan rasa buah pelaga tersebut.

Anda perlu memecahkan buah pelaga itu terlebih dahulu dan biarkan biji-biji di dalam buah pelaga itu keluar. Biji itulah yang akan menjadi penambah perasa di dalam masakan apabila ditumis dan bukan kulit tersebut.

2. Elak masukkan biji yang sudah rosak

Apabila sudah dipecahkan, barulah anda boleh nampak yang mana satu buah dan biji yang elok. Kadangkala ada biji yang sudah dimakan bubuk, itu bermakna biji-biji itu sudah tengik. Jangan masukkan di dalam masakan.

Dicampak sebanyak mana pun di dalam kuah tidak akan menjadi apa-apa melainkan apabila anda tergigit, ia akan menjadi pahit sahaja.

Sumber: Norisham Yusof‎

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN