Sebagai orang Malaysia, nasi lemak merupakan sarapan pagi yang sangat terkenal di kalangan masyarakat kita. Nasi lemak juga mempunyai banyak cara masakannya dan pelbagai lauk yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Sesetengah orang suka makan bersama ayam, paru atau pun kerang.

Kalau kita makan nasi lemak, semestinya kita mahukan nasi lemak yang sedap dan cukup rasa. Sekiranya nasi lemak tersebut lembik atau pun kering tidak cukup air pastinya ia tidak akan menjadi sedap. Jadi, jangan risau jom ikut tips dan panduan ini supaya nasi lemak korang cantik kejadiannya.

1. Rendam beras terlebih dahulu

Untuk mengelak nasi melekat di periuk nasi, selepas membasuh beras, korang perlu merendam beras di dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan baru lah masukkan santan.

2. Masak santan sehingga mendidih

Didihkan dahulu santan bersama daun pandan dan masak seperti biasa, dengan cara ini nasi tersebut akan menjadi menjadi lebih lemak dan sangat berbeza keenakannya.

3. Halia sebesar ibu jari

Jika inginkan nasi lemak menjadi lembut, letakkan halia yang telah dititik saiznya sebesar ibu jari.

4. Wangikan nasi

Sekiranya anda, ingin wangikan nasi, boleh masukkan serai, daun pandan, lada hitam, kulit kayu manis, hirisan bawang besar dan juga halba. Tetapi ada sesetengah orang tidak suka masukkan halba ke dalam nasi lemak kerana bau halba tersebut.

5. Masak atas dapur gas

Jika nasi lemak kelihatan mentah di dalam periuk, cepat-cepat masak atas dapur gas dengan api perlahan. Kalau masih tidak jadi jugak, pindahkan nasi itu di dalam pengukus dan kukus sehingga masak.

6. Letak majerin

Jika inginkan nasi menjadi sebiji-sebiji boleh letakkan marjerin sedikit atau pun minyak masak.

7. Campurkan secubit gula

Boleh juga campurkan secubit gula untuk kemanisan nasi lemak dan paling penting garam secukup rasa.

Sumber: Fadzidatul Fadzillah

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN