Nama apam ini diberi nama apam cornetto adalah disebabkan bentuk apam yang menyerupai aiskrim cornetto. Apam ini berwarna-warni, kalau tengok dari bentuknya orang mesti tidak percaya itu adalah apam kerana ia sangat cantik dan menarik perhatian.

Apa yang menarik tentang apam cornetto ini adalah bahagian atas apam tersebut disaluti coklat dan berbentuk kon. Jom cuba resepi apam cornetto yang gebu ini, mesti anak suka.

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum diayak
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 200 ml air aiskrim soda
  • 1sudu makan ovalet
  • 1 sudu teh esen rose
  • Pewarna
  • Coklat masakan
  • Kekacang / coklat cip

CARA PENYEDIAAN

  1. Pukul telur, ovalet dan gula sehingga putih kembang, gebu dan ringan. Anggaran dalam 5-7 minit.
  2. Masukkan air aiskrim soda separuh dahulu. Putar high speed, masukkan separuh tepung gandum, aiskrim soda dan hbiskan tepung. Putar skejap, berhenti dan masukkan esen rose. Putar sekejap dan berhenti
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian di dalam mangkuk yang  berasingan. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. Gaul sehingga adunan, pewarna dan perasa digaul sebati.
  4. Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang, pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.

     5. Adunan tersebut tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli.
        Untuk lebih mudah masukkan adunan di dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.
    6. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

    7. Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak. Selepas masak, sejukkan apam seketika.

    8.Cairkan coklat, tuang di atas apam tadi. Tabur kekacang atau coklat cip.
    9. Masuk ke dalam peti ais untuk beku kan coklat. Apam ini sedap di makan sejuk-sejuk semasam baru keluar
         daripada peti ais.

 

Sumber: Nora Syikin Azmi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN