Sedapnya kalau dapat makan pulut bersama durian dan gula nise”

Memandangkan sekarang sudah masuk musim durian dan sudah mula ramai peniaga menjual durian, harini kita kongsikan tips beli durian supaya anda tidak menyesal membeli durian. Ramai tidak tahu cara yang betul pilih durian, selalunya orang akan bau sahaja dari kulitnya untuk menandakan bahawa durian itu elok.

Tetapi sebenarnya ada banyak cari lagi yang boleh digunakan untuk memilih durian. Jom cuba 4 tips berguna ini semasa memilih durian.

 

1. Lihat kulit durian

Cuba elakkan membeli kulit durian yang sudah merekah sehingga ke isi. Kebiasaannya kulit durian yang sudah merekah ini mempunyai isi durian yang sudah masam.

2. Bau

Selain itu, anda boleh bau durian tersebut dari luar. Tetapi tak semua orang mahir dengan membau sahaja durian tersebut kerana anda tak akan pasti bagaimana isinya di dalam sama ada elok atau pun tidak.

3. Lihat garisan pada kulit durian

Dari garisan kulit durian itu, kita boleh mengagak buah tu banyak isi atau pun tidak, nanti tidak adalah ralat sangat nanti terbeli banyak kulit dari isi.

4. Lihat dari tangkai durian

Jika nak tau ketebalan isi durian itu anda kena tengok tangkai buah durian, potong (cross section) tangkai, tengok jarak antara bulatan dalam dengan bulatan luar. Kalau jarak jauh makna isi tebal kalau jarak dekat bermakna isinya nipis.

Sumber: Alimi Mikayla

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN