PENULIS

myResipi

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2020-11-25

Sebut je biskut oreo, memang ramai suka kan? Kalau orang yang suka sangat, bukan setakat biskut tapi air pun kalau boleh nak perisa oreo. Pendek cerita, kalau boleh semua benda nak perisa oreo lah!

Jadi, kalau korang suka kan oreo, jom cuba buat pencuci mulut Oreo Ball dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja! Mudah dan sedap!

Bahan-bahan

  • 2 bungkus oreo
  • Dua tbs susu pekat
  • 150 gram coklat batang

Cara-cara

  • Langkah pertama pisahkan krim dari biskut oreo
  • Kisar biskut sehingga halus
  • Tuang susu pekat pada biskut yang telah dikisar dan gaulkan sehingga rata
  • Gaulkan krim oreo dan buat bentuk bebola. Selepas itu masukkan kedalam freezer selama 15 minit.
  • Ambil biskut yang telah diadun dengan susu pekat tadi masukkan krim oreo dan buat bentuk bebola
  • Cairkan coklat bar menggunakan microwave.
  • Celup bebola oreo di dalam coklat yang telah cair dan letakkan di atas kertas roti
  • Biarkan bebola chocolate mengeras dan hiaskan krim putih diatas bebola tersebut. 
  • Lettakkan oreo ball yang telah siap di dalam case kuih

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN