Masak yang simple je untuk si bujang janji perut kenyang”

Ayam kari masak ala Pakistan ini boleh dikatakan lebih kurang sama dengan kari ayam kita, cuma bahan yang digunakan agak berbeza sedikit. Kari ayam Pakistan ini kebiasaannya  akan dihidangkan bersama nasi atau pun roti.

Jom cuba masak kari ayam ala Pakistan ini

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ayam potong kecil
  • 4 sdb minyak ghee
  • 2 sdb rempah kari ayam *
  • 5 biji buah tomato potong 4
  • 3 biji bawang besar hiris nipis
  • 4 biji bawang putih hiris nipis
  • 3 biji cili merah belah 2
  • 4 sekawan
  • 1 ikat daun kari
  • 2 ikat daun ketumbar
  • 4 biji bawang besar potong 4 *
  • 6 biji cili merah *
  • 6 biji cili hijau *
  • Seinci kunyit hidup *

CARA PENYEDIAAN

  1. Kisar bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan kuali masukkan minyak ghee, daun kari, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia gaul rata hingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan kisar dan gaul rata. Masukkan sedikit air, hingga pecah minyak, masukkan 4 sekawan dan akar batang daun ketumbar.
  4. Masukkan ayam dan gaul rata, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  5. Bila ayam dah masak, masukkan buah tomato yang di belah 4, cili merah yang dipotong 2 dan daun ketumbar. Gaul rata dengan api yang kecil dan siap dihidang.

Sumber: Eryn TJ

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN