Kuih tiram atau nama panggilannya yang lain adalah kuih lidah buaya. Kuih ini merupakan kuih tradisional Melayu Brunei di Papar Sabah. Rasanya yang rangup sangat sesuai dijadikan minum petang atau moreh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fifa Ayu di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KUIH TIRAM

Kuih tiram atau nama panggilannya yang lain adalah kuih lidah buaya. Kuih ini merupakan kuih tradisional Melayu Brunei di Papar Sabah. Rasanya yang rangup sangat sesuai dijadikan minum petang atau moreh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fifa Ayu di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg tepung

  • ⅓ cawan marjerin

  • ⅓ cawan minyak masak

  • 1 sdb garam

Kredit: Fifa Ayu

CARA PENYEDIAAN
  • Gaul sebati semua bahan di atas.

  • Tambah air sedikit demi sedikit sambil gaul, sampai jadi doh yang tidak melekat di tangan dan bekas uli. Tidak keras sangat dan tidak lembut sangat. Rehatkan doh selama setengah jam atau lebih.

  • Uli secara memanjang doh yang sudah sedia tadi dan potong kepada beberapa bahagian.

  • Cantumkan doh, pasang-pasangkan menjadi dua.

  • Keluarkan sepasang doh dan selebihnya biarkan dahulu di dalam bekas tertutup. Mula gelek satu doh dahulu untuk.memudahkan proses menggelek.

  • Sentiasa dusting doh dengan tepung gandum. Tetapi jangan terlalu banyak. Dusting nak bagi smooth kerja menggelek sahaja.

  • Uli bagi jadi 4 segi. Cukup lebar dan cukup panjang. Bagig nipis elok je. Tebal sedikit dari kulit popia.

  • Lepas itu dap minyak masak atas doh. Celuh jari di dalam minyak dan dap. Sapu rata minyak itu.

  • Lepastu kena dusting dengan tepung ubi atau tepung jagung.

  • Kemudian gulung, buat yang sama juga untuk pasangan dia. Selepas itu bergulung sama.

  • Doh yang sudah siap digulung tadi  potong mcm kecil-kecil.

  • Ambil satu tekan daripada bahagian atas dengan jari telunjuk dan gelekkan.

  • Minyak mesti betul-betul panas. Api sederhana semasa menggoreng. Selepas msukkan dalam kuali terus bolak balikkan dengan lidi bagi lapis dia kembang elok. Guna lidi sate pun boleh.

  • Siap dan boleh di makan bersama gula ising.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN