Kalau korang tengok bentuk biskut ini pun dah tahu ianya sangat unik. Kalau korang minat peanut butter biskut seroja ini bakal menjadi biskut favourite korang, biskut ini sangat lembut dan berlemak. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ibu Resepi di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BISKUT SEROJA

Kalau korang tengok bentuk biskut ini pun dah tahu ianya sangat unik. Kalau korang minat peanut butter biskut seroja ini bakal menjadi biskut favourite korang, biskut ini sangat lembut dan berlemak. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ibu Resepi di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan mentega

  • 1/2 cawan gula halus

  • 3 cawan tepung gandum

  • 1 sdk esen vanila

  • 1/2 cawan kastard

  • 2 biji kuning telur

  • Sedikit pewarna kuning

  • Sedikit pewarna hijau (untuk tapuk bunga)

  • sedikit peanut butter (untuk isi/inti bunga)

Kredit: Ibu Resepi

CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dengan gula sampai kembang, kuning telur, masukkan esen vanila, tepung kastard, tepung gandum dan gaulkannya menjadi doh.
  • Asingkan sedikit adunan untuk membuat tapuk. (warnakan hijau)

  • Adunan tadi tambahkan warna kuning, terap acuan bunga 5/6 kelopak, bentukkan bunga seperti dalam gambar.

  • Buat tapuk bunga warna hijau, bakar 12-18 minit. Setelah selesai, letakkan inti peanut butter ikut suka anda dan hias tabur manik halus. Siap dan boleh dimakan.

TIPS

Tiada

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN