PENULIS

najahnurul

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2021-01-28

Sebenarnya setiap jenis sayur mempunyai cara yang tersendiri untuk menyimpan supaya tahan lebih lama. Apabila kita dah beli sayur-sayuran di pasar mesti anda mengalami masalah untuk menyimpan sayur kerana ia cepat layu dan tidak segar. Tips yang dikongsikan oleh Khairiyah Hamzah di Facebook telah membuktikan sayur-sayuran yang dibelinya tahan hampir 2 bulan dan masih segar. Jom cuba tips ni supaya sayur di dalam peti ais kita boleh tahan lama berbulan-bulan.

Kredit : Khairiyah Hamzah

BAHAN-BAHAN

  • Sayur-sayuran
  • Tupperware untuk menyimpan sayur
  • Tisu dapur
  • Sedikit air
  • Plastik wrap

CARA-CARA

  1. Lapikkan tisu pada setiap bekas tupperware.
  2. Letakkan air di dalam bekas yang berisi taugeh.
  3. Balutkan dengan tisu yang basah untuk sayur-sayuran yang berakar seperti daun sup dan daun ketumbar.
  4. Sayur seperti kobis, brokoli dan bunga kobis perlu di balut dengan plastik wrap.
  5. Untuk cili besar dan cili kampung buangkan tangkai terlebih dahulu baru letakkan di dalam bekas yang mempunyai tisu yang basah.
  6. Tutup bekas tersebut dan masukkan di dalam peti ais.

TIPS

Jangan sesekali biarkan penutup bekas sayur terbuka dan pastikan peti ais sentiasa dalam keadaan yang sejuk.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN