Menu Salad Makaroni Buah ini sebenarnya berasal daripada Filipina, tetapi baru-baru ini viral di TikTok bahawa menu ini rupanya sangat popular di kalangan orang Sabah. Jarang sekali kita akan masak makaroni dengan bahan-bahan yang manis. Jadi jom tukar selera dengan menu Makaroni Buah, sesuai untuk dimakan bersama keluarga yang telah dikongsikan oleh Cik Midah di Facebook.
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Mudah
FAKTA MASAKAN
20 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
SALAD MAKARONI BUAH
Menu Salad Makaroni Buah ini sebenarnya berasal daripada Filipina, tetapi baru-baru ini viral di TikTok bahawa menu ini rupanya sangat popular di kalangan orang Sabah. Jarang sekali kita akan masak makaroni dengan bahan-bahan yang manis. Jadi jom tukar selera dengan menu Makaroni Buah, sesuai untuk dimakan bersama keluarga yang telah dikongsikan oleh Cik Midah di Facebook.
Kredit : Cik Midah
BAHAN-BAHAN
Makaroni berbentuk ‘C’
Mayonis
Susu pekat
Susu cair (sedikit sahaja)
Buah-buahan dalam tin
CARA PENYEDIAAN
Rebus makaroni sehingga masak.
Rendamkan makaroni yang sudah di masak di dalam air yang sejuk.
Campurkan makaroni dengan mayonis secukupnya.
Gaulkan bersama susu pekat, susu cair dan buah-buahan.
Gaulkan sehingga sebati dan siap untuk dimakan.
TIPS
Letakkan di dalam peti ais dahulu sebelum dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.