PENULIS
najahnurul
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2021-01-26
Kadangkala bila masak nasi ada masa terlebih air lah terkurang air lah. Bila dah terlebih air tu automatik dia dah tak jadi nasi, terus jadi macam bubur kan? Perkara itu normal hampir semua orang pernah lalui masalah nasi menjadi bubur ni. Tapi hari ini ada satu tips yang dapat membantu untuk mengatasi nasi lembik yang telah dikongsikan oleh Ida Shahida di laman Facebooknya. Tips ini sesuai untuk nasi yang lembik ya, bukan nasi yang masih mentah.
Kredit : Ida Shahida
BAHAN – BAHAN
- Tisu Kertas (Tisu Dapur)
CARA -CARA
- Sekiranya nasi anda lembik, letakkan 2 atau 3 keping tisu kertas di atas periuk nasi.
- Tutupkan tisu kertas tersebut dengan penutup periuk nasi.
- Tekan ‘Cook’ dan tunggu nasi masak seperti biasa.
TIPS TAMBAHAN
Sekiranya nasi anda mentah, kukuskan nasi anda.