Kalau rasa dah bosan selalu makan kerepek pisang, kerepek ubi dan kerepek bawang. Kali ini kita tukar sedikit selera buat kerepek labu. Rasa lemak dan manis daripada labu tu memang sekejap je licin kalau makan bersama seisi keluarga. Kena potong nipis-nipis lagi sedap untuk mengunyah sambil tengok movie. Nomie Harun telah kongsikan resepi ini di laman Facebook miliknya. Jadi, selamat mencuba!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KEREPEK LABU

Kalau rasa dah bosan selalu makan kerepek pisang, kerepek ubi dan kerepek bawang. Kali ini kita tukar sedikit selera buat kerepek labu. Rasa lemak dan manis daripada labu tu memang sekejap je licin kalau makan bersama seisi keluarga. Kena potong nipis-nipis lagi sedap untuk mengunyah sambil tengok movie. Nomie Harun telah kongsikan resepi ini di laman Facebook miliknya. Jadi, selamat mencuba!

Kredit : Nomie Harun

BAHAN-BAHAN
  • Labu

  • Minyak masak

CARA PENYEDIAAN
  • Potong labu mengikut ira lekok labu.

  • Buang biji-biji labu.

  • Kupas kulit labu agak-agak kulit tu tidak terlalu tebal, supaya masih ada warna hijau pada labu itu.

  • Sagat labu nipis-nipis dengan menggunakan penyagat.

  • Selepas disagat, basuh dan toskan. Tidak perlu rendam dengan air garam. Basuh begitu sahaja.

  • Lapik tisu dapur di atas talam. Letakkan labu yang telah ditoskan tadi dan jemur sehingga kering.

  • Jemur labu tersebut dalam setengah jam hingga ke 1 jam.

  • Selepas jemur, goreng di dalam api yang sederhana.

  • Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.

  • Selepas sudah sejuk, masukkan di dalam balang dan siap boleh dimakan terus.

TIPS

Jemur sehingga kering untuk membuatkan labu lebih rangup.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN