Sajian Mee Celup boleh dikatakan agak popular di sekitar negeri Kelantan dan Siam. Tetapi hidangan ini juga masih banyak dijual di kedai-kedai tomyam kerana tukang masak mereka kebiasaanya adalah orang Siam. 

Rasa Mee Celup Ala Thai ini juga tidak sama dengan mee atau mihun sup utara. Cara penyediannya juga mudah. Jadi apa kata kita cuba resepi Mee Celup ala thai yang dikongsikan oleh Fatyn Nur Syahira di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

RESEPI MEE CELUP

Sajian Mee Celup boleh dikatakan agak popular di sekitar negeri Kelantan dan Siam. Tetapi hidangan ini juga masih banyak dijual di kedai-kedai tomyam kerana tukang masak mereka kebiasaanya adalah orang Siam.

Rasa Mee Celup Ala Thai ini juga tidak sama dengan mee atau mihun sup utara. Cara penyediannya juga mudah. Jadi apa kata kita cuba resepi Mee Celup ala thai yang dikongsikan oleh Fatyn Nur Syahira di Facebook.

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH SUP
  • Boleh pilih ayam, daging atau tulang lembu

  • Daun ketumbar

  •  Kicap pekat 

  • Sos ikan

  • Perencah sup thai 

  • Minyak bawang putih

Kredit: Fatyn Nur Syahira
BAHAN UNTUK MEE DAN HIASAN
  • Boleh guna bihun, maggi atau mee

  • Kangkung, taugeh atau daun bawang

  • Fishball atau crabstick

  • Isi ayam atau daging

  • Limau kasturi

  • Cili jeruk (optional)

  • Kacang tanah tumbuk (optional)

  • Cili serbuk thai

  • Bawang putih goreng

CARA PENYEDIAAN KUAH
  • Masukkan air separuh periuk dengan ayam, daging atau kalau ada tulang pun boleh juga. Sebab nanti kuah akan jadi lagi manis dari hasil rebusan daging dan tulang tadi. 

  • Bila dah mendidih, masukkan akar daun ketumbar dalam 2 ke 3 pokok dan sos ikan dalam 4 sudu dengan perencah thai 1 paket. 

  • Kemudian masukkan garam dan secukup rasa. Seterusnya, tuang kicap pekat agak mana kita nak kuah tu hitam.   

  • Masukkan minyak bawang putih untuk menambahkan lagi kesedapan kuah. Dalam 3 ke 4 sudu pun sudah mencukupi.

  • Tutup periuk biar sampai kuah tu mendidih. Taburkan hirisan daun ketumbar dan boleh angkat toskan daging/ayam. Dah sejuk boleh hiris untuk buat makan nanti. 

Kredit: Fatyn Nur Syahira
CARA HIDANGKAN MEE DAN BAHAN HIASAN
  • Celur mee kemudian toskan dan letak tepi. Kangkung dengan taugeh jangan lupa celur dulu.

  • Hidang sayur dalam bekas bersama fishball, crabstick, serbuk cili, limau kasturi, daun bawang, hirisan daging dan ayam tadi. Kalau nak hidang sekali gula, garam, bawang putih goreng, cili jeruk atau yang lain pun boleh juga. 

Kredit: Fatyn Nur Syahira

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN