Mesti ramai tak pernah dengar tentang Ayam Kam Heong betul tak? Ayam Kam Heong dapat dijumpai di kedai masakan cina. Ayam Kam Heong bermaksud “berbau wangi”. Ayam Kam Heong dimasak dengan cara menggoreng ayam terlebih dulu. Kemudian dimasak bersama bawang, rempah kari, kicap dan sos. Jangan lupa masukkan daun kari supaya masakan jadi lebih wangi. Jadi apa tunggu lagi, mari kita cuba resepi Ayam Kam Heong yang dikongsikan oleh Mas Salleh di Facebook.
PENULIS
MyResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
MUDAH
RESEPI AYAM KAM HEONG
Mesti ramai tak pernah dengar tentang Ayam Kam Heong betul tak? Ayam Kam Heong dapat dijumpai di kedai masakan cina. Ayam Kam Heong bermaksud “berbau wangi”. Ayam Kam Heong dimasak dengan cara menggoreng ayam terlebih dulu. Kemudian dimasak bersama bawang, rempah kari, kicap dan sos. Jangan lupa masukkan daun kari supaya masakan jadi lebih wangi. Jadi apa tunggu lagi, mari kita cuba resepi Ayam Kam Heong yang dikongsikan oleh Mas Salleh di Facebook.
BAHAN-BAHAN
Ayam – Guna bahagian dada sahaja potong dadu
Bawang putih – Cincang
Bawang holand – Hiris memanjang
Daun kari
Serbuk kari
Sedikit kicap manis
Sedikit sos tiram
Sedikit sos tomato
Sedikit air
Cili ini terpulang samada cili burung/cili besar
Garam dan gula jika perlu
Kredit: Mas Salleh
CARA PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih, bawang besar dan daun kari.
Tumis hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap manis, sedikit sos tomato dan serbuk kari. Tumis hingga naik minyak dan campur sedikit air.
Masukkan ayam gaul rata hingga bahan tadi bersalut-rata
Masukkan sedikit garam dan gula jika perlu.
Dah cukup semua rasa tutup api dan gaulkan cili yang telah dipotong bulat dan siap.
Kredit: Mas Salleh
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.