PENULIS
MyResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-25
Bunga telang memang sudah dikenali ramai di dalam penyediaan makanan dan kuih-muih. Ianya lebih popular di Pantai Timur. Kaum Cina juga banyak menggunakan bunga telang dalam makanan terutamanya dalam penyediaan manisan dan kuih-muih.
Selain digunakan untuk makanan, bunga telang ni juga banyak khasiatnya yang ramai antara kita tidak tahu. Jadi mari kita kenali khasiat bunga telang yang dikongsikan oleh Marshita Hj Md Zukhi di Facebook.
Kredit: Marshita Hj Md Zukhi
- Penjagaan dalaman wanita.
Resepi teh bunga telang :-
Bahan-Bahan:
- Segenggam Bunga Telang
- Segelas Air Panas
- Gula secukup rasa
- 1/2 biji limau nipis
Cara Membuat:
- Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas.
- Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit.
- Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut.
- Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.
- Mengecutkan jerawat
Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.
- Melebat dan menghitamkan rambut
Kacang telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.
- Sebagai detox
Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.
- Mengurangkan sakit kepala
Selain melebat dan menhitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.
6. Mencuci Darah
Darah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan Air bunga telang sangat baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.
- Mengatasi cirit-birit
Air rebusan bunga telang boleh merawat cirit-birit.
- Mengatasi sembelit
Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila anda sembelit.
- Membuka selera makan
Jika anda mempunyai masalah kurang selera makan, jadikan bunga telang sebagai ulam untuk makan bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.
- Merawat ulser mulut
Jika anda mengalami ulser mulut, rendam bunga dan kacang telang air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
- Insomnia
Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu merawat insomnia.
- Mengubati bisul
Daun pokok bunga telang yang dihancurkan boleh ditampal pada bisul untuk mengubatinya.
- Mengubati sakit mata
Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih boleh digunakan untuk mencuci mata yang dijangkiti sakit mata atau keradangan. Caranya dengan merendam bunga telang dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata.
- Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
- Mengurangkan gejala asma
Akar bunga telang yang direbus dan dijadikan sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.
- Mengubati batuk
Akar bunga telang dapat ubati batuk.
- Mengubati bronkitis
Rebus 30-60 gram akar bunga telang dengan 4 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan malam.
- Mengubati sakit telinga
Jika anda mengalami sakit telinga, bunga telang boleh membantu. Caranya ambil daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang sakit.
- Mengatasi stress
Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress.