PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-02 03:13:25
Mudah rupanya nak hilangkan berat badan. Terutamanya mereka yang terpaksa work from home, mesti kerap rasa lapar dan berat badan selalu naik. Betul tak? Jadi korang cubalah resepi air rebusan epal hijau dan serai untuk membantu mengempiskan perut. Selain itu, air rebusan epal hijau dan serai juga mampu memberi pelbagai khasiat lain yang sihat. Mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Jom kongsi masakan di laman Facebooknya.
Kredit: Jom kongsi masakan
Bahan bahan:
- 3 biji Epal hijau
- 5 batang serai
- 1.5-liter Air
Kredit: Jom kongsi masakan
Cara cara:
- Potong epal kepada 6 bahagian
- Serai di ketuk
- Masukkan 1.5-liter air di dalam periuk, kemudian masukkan epal hijau dan serai
- Masak sehingga epal lembut
- Tutup api
- Lenyek-lenyekkan epal yang telah di rebus
- Tapis air tersebut kemudian boleh di minum semasa suam
- Sesuai di minum pada waktu pagi semasa perut kosong
Kredit: Jom kongsi masakan
Antara khasiatnya
- Membuang angin dalam badan
- Mengempiskan perut
- Menurunkan berat badan
- Menghilangkan sakit urat /sakit badan
- Sesuai untuk orang sakit lutut
- Menghilangkan sakit tumit
- Meringankan tubuh badan
Kredit: Jom kongsi masakan
Selamat Mencuba
Kredit: Jom kongsi masakan