PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-10-05 13:05:08
Bagi yang sudah kebosanan dengan menu yang sama untuk makan malam, apa kata korang cuba pula Sup Bebola Inti ayam ini. Penyediaannya pun sangat mudah, sedap pula tu! Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli menerusi Facebook.
Bahan inti:
- 2 ketul ayam saiz potongan sup (dicincang)
- Separuh lobak merah (dipotong dadu)
- 2 tangkai daun bawang (dipotong halus)
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Boleh tambah cendawan butang
Bahan tepung:
- 1 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- Secubit garam
Cara-caranya:
- Satukan semua bahan inti dan gaul sehingga sebati. Biarkan seketika.
Kredit: Zurina Zulkefli
- Untuk membuat doh, satukan kesemua bahan tepung dan tuangkan sedikit air. Uli sehingga menjadi doh.
- Setelah siap kedua-duanya, letakkan sesudu kecil inti ayam ke atas doh tepung dan bulatkan menjadi bebola seperti dalam gambar.
- Selepas itu, rebus bebola di dalam air yg sedang mendidih dan biarkan sehingga ia timbul. Ini menandakan bebola tepung pulut sudah masak luar dan dalam.
- Kemudian, perisakan sup dengan perencah samada kiub ayam atau ikan bilis dan titiskan minyak bijan/ minyak bawang putih ke atas sup.
- Siap untuk dihidang! Korang boleh juga makan bebola ni dengan chili oil untuk rasa pedas.
Bahan-bahan Chili Oil:
- Minyak masak/minyak sayuran
- Dua sudu besar chili flakes, cili yg dikisar kasar (bukan chili powder)
- Tiga ulas bawang putih yg dicincang
- Garam secukupnya
Cara-caranya:
- Campurkan bawang putih bersama chili flakes dan kemudian taburkan dua cubit garam.
- Selepas itu, panaskan minyak masak di atas kuali sehingga pecah minyak dan tuangkan minyak panas tersebut ke atas campuran bawang tadi.
Siap! Selamat mencuba!