PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-10-05 07:43:49
Kek Coklat Ganache sememangnya antara kek yang menjadi pilihan ramai. Lebih-lebih lagi jika dibuat sebagai pencuci mulut. Apa kata kali ini korang cuba sendiri buat coklat ganache di rumah menggunakan resepi daripada Norlailanazira Mohd Agos. Jimat pun jimat!
Bahan-bahan:
- 400g dark compound
- 1 sudu besar Buttercup
- 200ml susu full cream
Cara-caranya:
- Didihkan air di dalam periuk lalu letakkan mangkuk yang berisi coklat dan buttercup. Pastikan mangkuk tersebut bersaiz lebih besar dari periuk. Ini supaya coklat dicairkan menggguna wap dari air yang mendidih tadi.
- Kacaukan sehingga bahan-bahan cair seperti dalam gambar.
- Kemudian, masukkan susu full cream dan kacau perlahan sehingga sebati dan rata.
- Apabila sudah masak, tapiskan ke dalam sebekas jug supaya dapat mengasingkan ketulan-ketulan yang tidak cair.
- Selepas itu, teruskan mencurah ke atas kek yang telah siap seperti di dalam gambar. Biarkakan ganache set selama 1 jam sebelum menghias kek.
Siap! Selamat mencuba!