PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-09 02:57:39

Puding Kastard Jagung ini merupakan antara pemanis mulut kegemaran orang ramai. Kebiasaannya kita akan jumpa hidangan ini semasa majlis kenduri keluarga mahupun di majlis-majlis rasmi. Bagi para penggemar pudding kastard jagung, anda boleh cuba membuatnya sendiri di rumah. Jom ikuti perkongsian daripada Cik Nor ini menerusi Facebooknya.

Kredit: Cik Nor
 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung manis
  • ¾ cawan gula pasir (sukatan mengikut citarasa masing-masing)
  • 3 cawan air
  • 1 kotak santan
  • ½ sudu the garam


    Kredit: Cik Nor

 

Cara-caranya:

  1. Mula-mula, campurkan kesemua bahan yang telah disediakan ke dalam periuk.


    Kredit: Cik Nor
     

  2. Kemudian, kacaukan semua bahan sehingga rata dan sebati.
     
  3. Selepas itu, letakkan periuk di atas stove dan masak adunan tadi dengan api yang perlahan.
     
  4. Kacau sekerap-kerapnya sehingga tekstur adunan kelihatan pekat dan berkilat.
     
  5. Kemudian, tutupkan api dan cedokkan ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar.


    Kredit: Cik Nor
     

  6. Selepas siap, masukkan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.

 

Siap! Mudah sahaja penyediannya kan? Selamat mencuba!


Kredit: Apa Khabar Malay

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending