PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-07 07:37:16
Sebut sahaja tentang sayur cendawan, macam-macam sajian enak yang boleh dihasilkan terlintas dalam fikiran. Cendawan ini biasanya enak jika dbuat cendawan goreng tepung, sup cendawan dan banyak lagi! Namun, para penggemar cendawan ini pastu sudah faham dengan penyimpanannya yang agak rumit. Cendawan tidak dapat disimpan lama di dalam peti sejuk kerana ia akan cepat lembik, kurang segar dan kurang enak apabila dimasak. Jangan risau, ikuti perkongsian daripada Rasa tentang cara mudah untuk memanjangkan tempoh kesegaran cendawan.
ELAK TERKENA AIR
Bagi memastikan cendawan kekal segar dan tdak lembik, perkara yang paling penting adalah dengan mengelak cendawan dari terkena air. Ini kerana air akan menyebabkan cendawan bernafas sekaligus menjadikanya cepat lembik dan busuk. Anda cuma perlu membasuh cendawan apabila hendak memasaknya sahaja. Pastikan anda mengikut langkah penyimpanan yang betul seperti di bawah:
Bahan-bahan:
- Cendawan segar
- Tisu dapur
- Kertas surat khabar
Cara-caranya:
- Selepas anda pulang dari membeli cendawan di pasar, keluarkan kesemua cendawan dari bungkusannya. Pastikan ia tidak terkena air.
- Kemudian, ambil tisu dan tindankan diatas kertas surat khabar lama.
- Letak cendawan tadi di atas lapisan tisu dan surat khabar lama dan bungkus dengan kemas. Selain surat khabar, anda boleh juga menyimpan cendawan di dalam beg kertas atau bekas yang mampu menyerap kelembapan.
- Kemudian, simpankan di dalam peti sejuk di bahagian sayur-sayuran.
Siap! Anda akan lihat hasilnya selepas seminggu, cendawan masih kelihatan segar dn tidak lembik! Jadi, anda tidak perlu risau lagi untuk memasak cendawan yang enak dan lazat dimakan. Semoga petua ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!